Lawatan dari BOSNIA

LAWATAN DARI THAILAND KE BILIK ROBOTIK 2010

KLIK

MESEJ

25 November 2009

SALAM AIDIL ADHA

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDL ADHA KEPADA SEMUA PENGIKUT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.

SELAMAT HARI RAYA HAJI

24 November 2009

Nak pi Kelantan ke cuti ni ?

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

Daripada 970 keluarga dipindahkan hari ini, Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi seramai 2,008 orang dan jajahan itu termasuk kawasan Rantau Panjang, bandar zon bebas cukai berdekatan sempadan Thailand, yang terjejas teruk dalam banjir gelombang kedua sehingga ditenggelami air sedalam dua meter.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata Kuala Krai pula merekodkan jumlah mangsa seramai 885 orang, Tumpat (438 orang), Tanah Merah (333 orang), Kota Baharu (63 orang) dan Machang (60 orang).

"Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Tangga Krai dan Jambatan Guillemard mencatatkan atas paras bahaya, manakala Sungai Galas berada di paras berjaga-jaga dan Sungai Lebir berada di paras amaran," katanya kepada hari ini.

Beliau berkata sebanyak 21 jalan ditutup untuk semua kenderaan melibatkan enam jajahan antaranya di Gua Musang di Jalan masuk Aring 8 dan 9 di Kilometer 15; di Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan kilometer empat; Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai; di Machang Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata dan di Pasir Puteh, Jalan Semerak kilometer 11.

urucakap itu berkata di Pasir Mas, lapan jalan ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu KM8.8 dan KM8; Jalan Pengkalan Rakit KM3; Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang KM24; Pasir Mas-Meranti KM7; Pasir Mas-Lebuh Raya Rantau Panjang (cabang empat banggol kulim) KM22 dan Pohon Tanjung Meranti KM10.

Bagi Tanah Merah, jalan yang ditutup semua kenderaan adalah Jalan Tanah Merah Kursial-Kampung Ipoh KM6.7 dan KM6.5 dan Jalan Kampung Pepuyu KM8 manakala di Tumpat ialah Jalan Pohon Tanjung Pasir Pekan; Jalan Cabang Empat-Kampung Jambu-Meranti KM6 dan Jalan Keselamatan Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Menurutnya setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

19 November 2009

Tahniah !

Tahniah kepada seluruh warga SKSAT,
kita telah berjaya memperolehi 5A seramai 64 orang.

17 November 2009

KEPUTUSAN UPSR

ESOK RABU DAN LUSA KHAMIS....
SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DALAM MASA 2 HARI YANG BAKAL TIBA INI.

SEMOGA KITA SEKALI LAGI BERADA DI PUNCAK!

12 November 2009

BUDAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Dah guna, tapi tak pandai nak hantar semula...


...atau sekurang-kurangnya susun supaya nampak kemas..."BUDAYA SEKOLAH KLUSTER" ?

Budaya yang menjadi amalan generasi masa kini yang senang mendapat apa yang dimahukan dan lupa dan tidak BERSYUKUR dengan apa yang dikecapi.

11 November 2009

IQ yang tiada EQ


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar membabitkan kerosakan kerusi tempat duduk penonton iaitu berjumlah RM112,000.

"Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000.

"Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000," katanya sewaktu menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, semalam.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun apabila menewaskan Kelantan 3-1.

Kemeriahan perlawanan itu bagaimanapun terencat dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan yang membakar kerusi dan membaling botol air mineral serta mercun ke dalam padang.

Mengenai perbelanjaan membaiki kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Ahmad Shabery memberitahu, ia akan menggunakan duit rakyat dan kerana itu beliau meminta semua penonton memikirkan kerugian yang akhirnya mereka sendiri yang tanggung.

"Stadium Nasional datang daripada duit rakyat, kalau stadium kena perbaiki, bajet datang daripada duit rakyat, sebab itu kita minta pihak penganjur dan penonton fikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan," tegasnya.

--petikan daripada Utusan Malaysia Online hari ini.

03 November 2009

BOWLING LAGI MINGGU NI...

HEBAT.....! Majlis Daerah kurang kerja sikit la bab mencuci dan mengorek longkang ni. Ramai orang dah tolong setiap Isnin....hehehe...








...bincang macamana nak kurangkan kekerapan bola masuk longkang.
Related Posts with Thumbnails