KLIK
03 Julai 2010
02 Julai 2010
Salji di Asia Tenggara...
Glasier Indonesia diancam bahaya
JAKARTA - Saintis-saintis antarabangsa bimbang salji yang membentuk glasier di atas Gunung Puncak Jaya di pulau Papua, timur Indonesia akan hilang akibat kesan pemanasan global.
Kawasan salji seluas 4.8 kilometer meliputi puncak gunung berkenaan pada ketinggian 4,884 meter merupakan glasier terakhir di rantau Lautan Pasifik.
Kehilangan glasier itu disedari sepasukan penyelidik diketuai oleh saintis Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson semasa melakukan ekspedisi ke Puncak Jaya baru-baru ini. Menurutnya, gunung berkenaan kehilangan kira-kira 80 peratus glasiernya sejak 1936 dengan dua pertiga kehilangan tersebut berlaku sejak ekspedisi saintifik terakhir ke lokasi berkenaan pada tahun 1970-an.
Kini glasier yang pernah meliputi sebahagian besar pulau Papua ribuan tahun dahulu kini cuma tinggal seluas dua kilometer persegi dan sedalam 29 meter. - AP
Petikan Kosmo online hari ini...
Relau abad pertama Masehi ditemui
hasliza.nusi@kosmo.com.my
GEORGE TOWN - Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui tapak kilang peleburan besi dipercayai dibina seawal abad pertama Masehi di Kampung Gading, Jeniang, Kedah pada bulan lalu.
Penemuan itu berjaya melengkapkan kajian pengkaji Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) selepas kejayaan menemui tapak serupa di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah pada Mei 2007.
Pada penemuan terbaru ini, tujuh buah relau tempat melebur besi berbentuk bulat yang masih lengkap ditemui bersama sejumlah 'tuyere' iaitu alat pembakaran yang diguna dalam industri ini pada zaman tersebut.