Lawatan dari BOSNIA

LAWATAN DARI THAILAND KE BILIK ROBOTIK 2010

KLIK

MESEJ

31 Disember 2009

FIKIRKANLAH...

Pada bulan Mei 2001, seorang jurutera marin yang sedang menjalankan kajian sonar di perairan luar pesisir Cuba telah menemui apa yang kelihatan seperti peninggalan sebuah kota purba, 2000 kaki di bawah paras laut. Mampukah penemuan ini memecahkan misteri berkaitan Atlantis? Kajian masih sedang dijalankan secara tertutup dan di bawah kawalan ketat.

Bagaimana Atlantis tenggelam

Bangsa Atlantis yang lebih bijak dan lebih zalim daripada bangsa Yahudi, telah ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi dengan mengutuskan 2 daripada 8 orang malaikat yang memegang KursiNYa. Mengikut catatan Pluto, ia terjadi hanya satu hari satu malam sahaja. Bagi mengenal pasti bangsa tersebut Allah SWT mengutuskan Jibrail turun ke muka bumi menyamar sebagai seorang lelaki muda.

Setelah mendapat perintah daripada Allah SWT Jibrail pun berjumpa setiap bangsa yang ada di muka bumi ini dan setiap bangsa yang ditemuinya ia akan bertanya;
“Di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini”, semua bangsa yang ditemui gagal menjawab dengan betul sehinggalah ia tiba di Benua Atlantis

Ketika Di benua Atlantis, Ia berjumpa dengan sekumpulan budak- budak yang umurnya kira- kira 10 tahun yang sedang seronok mandi di Sungai (berkubang), dan Jibrail pun bertanya kepada salah seorang daripada mereka,
“ Salam, Di negeri ini siapakah yang paling bijaksana sekali”
“Salam, Zanun” katanya.

“Boleh tak tunjukkan kepada saya di mana saya boleh berjumpa dengannya”
“Ada apa urusan saudara ingin berjumpa dengannya”

“Saya ingin bertanya kepadanya, di mana malaikat Jibrail berada sekarang ini”
“Kalau setakat bertanya di mana malaikat Jibrail berada, tak perlulah bertanya kepada Zanun, seluruh penduduk Atlantik ini tahu, kat mana ia berada” Jawab budak tersebut..

“kalau begitu baiklah, saya bertanya kepada kamu, di mana malaikat Jibrail berada”
Lalu budak tersebut memandang ke arah langit dan berkata “Oh Malaikat Jibrail tiada di langit”, Ia memandang ke dalam air sungai yang mengalir,” Oh tiada malaikat Jibrail di dalam air dan seterusnya ia memandang tepat kepada pemuda di hadapan matanya,” Awaklah malaikat Jibrail yang menyamar sebagai lelaki muda”.

Setelah memberikan salam Jibrail pun naik ke langit untuk mempersembahkan penemuanNya kepada Allah SWT, Seterusnya Allah menenggelamkan benua Atlantik.

Kenapa orang Atlantis begitu pandai sekali?

Al-Quran punca segala ilmu dan kerana itulah asal segala penemuan adalah umat Islam, kerana itulah semenjak umat Islam lemah, tiada penemuan baru, sepatutnya kita telah boleh mendominasi cahaya dan graviti.

Sebagai contoh hukum cahaya yang disebut hukum Tafra ada lima setakat ini hanya hukum pertama sahaja yang kita tahu, bahawa cahaya bergerak lurus, tetapi bagi orang Atlantis mereka telah mengetahui sehingga hukum Tafra yang kedua menyebabkan mereka mempunyai pandangan istimewa sehingga menembusi langit kedua.

Bagi mereka yang mengetahui kelima-lima hukum ini mereka boleh menghablur dan menjelma semula selagi cahaya matahari sampai. Sahabat Nabi Sulaiman, Al-Qundi memindah Istana Balqis menggunakan Kaedah ini tetapi beliau mendapat ilmu ini ketika Mizan Tuhan (semua planet tersusun lurus pada satu garisan), ketika ini tuhan akan membuka 1 atau 2 rahsianya.

Ada juga beberapa orang wali Allah mendapat ilmu ini daripada Al-Quran, rasanya Ibnu Arabbi salah seorang daripadanya, katanya.

Waallahualam.

29 Disember 2009

KEDAH TEWAS

Perlis bawa pulang trofi juara


BARISAN pemain Perlis meraikan kejayaan muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.


PERLIS menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah mene- waskan Kedah 2-0 pada final di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Kejayaan anak-anak buah Khamal Idris Ali itu menjadikan ia kejuaraan ketiga buat Perlis yang pernah meme- nanginya pada edisi 1967 dan 1993.

Selaku juara, Perlis membawa pulang wang tunai RM30,000 serta piala pusingan manakala Kedah meraih RM15,000.

28 Disember 2009

SELAMAT DATANG 2010...SELAMAT BERSEKOLAH SEMULA.

Selamat datang tahun baru 2010.
Selamat bersekolah semula kepada semua pelajar SKSAT.
Selamat berjumpa semua guru lama dan guru baru SKSAT pada AHAD ini 3 Januari .

Tapi.........

Kerja sekolah masa cuti dah siap ke?
Sudah ada azam baru ke nak bersekolah ni?
Sudah bersedia ke nak ke sekolah semula?

Dan paling penting...

Kasut baru dah ayah dan ibu beli.
Beg sekolah ...baru juga.
Baju sekolah ...juga baru.
Semuanya baru.

Dan juga...pemikiran kita mestilah baru juga iaitu berubah daripada kurang berfikir kepada LEBIH BERFIKIR tentang masa depan kita.

Think Again!

22 Disember 2009

HILANG...

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM
  • 26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
  • 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
  • Mei 2008 - enjin disedari hilang
  • 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
  • 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
  • 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
  • 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.
  • 14 Disember 2009

    Meteor Shower

    Annual Geminids meteor shower lights up night sky

    Perseid meteor shower (SPL)
    Geminids was more vivid than a recent meteor shower

    Skywatchers in the northern hemisphere have turned their heads upwards to see the annual Geminids meteor shower.

    The shower was especially easy to see this year because it is nearly the new Moon, meaning there was less moonlight to obscure it.

    The meteors could be seen streaking across the night sky from 2000 GMT; peaking around 2200.

    Robert Massey, of the Royal Observatory in Greenwich, said about 100 meteors an hour made it a "nice sight".

    In August people in the UK were treated to the sight of the Perseid meteor shower.

    However, light from the last quarter Moon interfered with viewing.

    That shower occurs when Earth passes through a stream of dusty debris from the comet Swift-Tuttle.

    Earlier this year, in other parts of the world, many people who stayed up throughout the night to witness what was expected to be an intense meteor shower were left disappointed.

    The Leonid meteor shower, the best views of which were to have been from Asia, was largely obscured by cloud.

    Normally, meteor showers result from dust which has been blown away from comets which have passed near the sun.

    The warmth of our star melts part of the icy comet, releasing rock fragments.

    The naked eye is usually best for seeing meteors, which can often streak across more than 45 degrees of the sky.

    11 Disember 2009


    Bharat Tea Plantation & Tea Station...view kat sini sangat cantik.

    Buah Strawberi yang masam manis dari Tanah Tinggi Cameron...


    Pokok Halau Nyamuk dari tempat sejuk.....


    Buah Cinta dari Cameron Highland.


    01 Disember 2009

    Menakjubkan...

    Cambodian mechanic Nhean Phaloek sits in his self-designed home-made ...
    AFP
    Sat Nov 28, 10:14 PM ET

    Cambodian mechanic Nhean Phaloek sits in his self-designed home-made Angkor 333-2010 car at his house in Phnom Penh. The gold-coloured convertible turns heads on impoverished Cambodia's roads -- not least because of creator Nhean Phaloek's outlandish claim that it can be operated telepathically.

    (AFP/Tang Chhin Sothy)

    25 November 2009

    SALAM AIDIL ADHA

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDL ADHA KEPADA SEMUA PENGIKUT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.

    SELAMAT HARI RAYA HAJI

    24 November 2009

    Nak pi Kelantan ke cuti ni ?

    KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

    Daripada 970 keluarga dipindahkan hari ini, Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi seramai 2,008 orang dan jajahan itu termasuk kawasan Rantau Panjang, bandar zon bebas cukai berdekatan sempadan Thailand, yang terjejas teruk dalam banjir gelombang kedua sehingga ditenggelami air sedalam dua meter.

    Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata Kuala Krai pula merekodkan jumlah mangsa seramai 885 orang, Tumpat (438 orang), Tanah Merah (333 orang), Kota Baharu (63 orang) dan Machang (60 orang).

    "Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Tangga Krai dan Jambatan Guillemard mencatatkan atas paras bahaya, manakala Sungai Galas berada di paras berjaga-jaga dan Sungai Lebir berada di paras amaran," katanya kepada hari ini.

    Beliau berkata sebanyak 21 jalan ditutup untuk semua kenderaan melibatkan enam jajahan antaranya di Gua Musang di Jalan masuk Aring 8 dan 9 di Kilometer 15; di Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan kilometer empat; Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai; di Machang Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata dan di Pasir Puteh, Jalan Semerak kilometer 11.

    urucakap itu berkata di Pasir Mas, lapan jalan ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu KM8.8 dan KM8; Jalan Pengkalan Rakit KM3; Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang KM24; Pasir Mas-Meranti KM7; Pasir Mas-Lebuh Raya Rantau Panjang (cabang empat banggol kulim) KM22 dan Pohon Tanjung Meranti KM10.

    Bagi Tanah Merah, jalan yang ditutup semua kenderaan adalah Jalan Tanah Merah Kursial-Kampung Ipoh KM6.7 dan KM6.5 dan Jalan Kampung Pepuyu KM8 manakala di Tumpat ialah Jalan Pohon Tanjung Pasir Pekan; Jalan Cabang Empat-Kampung Jambu-Meranti KM6 dan Jalan Keselamatan Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

    Menurutnya setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    19 November 2009

    Tahniah !

    Tahniah kepada seluruh warga SKSAT,
    kita telah berjaya memperolehi 5A seramai 64 orang.

    17 November 2009

    KEPUTUSAN UPSR

    ESOK RABU DAN LUSA KHAMIS....
    SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DALAM MASA 2 HARI YANG BAKAL TIBA INI.

    SEMOGA KITA SEKALI LAGI BERADA DI PUNCAK!

    12 November 2009

    BUDAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

    Dah guna, tapi tak pandai nak hantar semula...


    ...atau sekurang-kurangnya susun supaya nampak kemas..."BUDAYA SEKOLAH KLUSTER" ?

    Budaya yang menjadi amalan generasi masa kini yang senang mendapat apa yang dimahukan dan lupa dan tidak BERSYUKUR dengan apa yang dikecapi.

    11 November 2009

    IQ yang tiada EQ


    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar membabitkan kerosakan kerusi tempat duduk penonton iaitu berjumlah RM112,000.

    "Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000.

    "Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000," katanya sewaktu menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, semalam.

    Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun apabila menewaskan Kelantan 3-1.

    Kemeriahan perlawanan itu bagaimanapun terencat dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan yang membakar kerusi dan membaling botol air mineral serta mercun ke dalam padang.

    Mengenai perbelanjaan membaiki kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Ahmad Shabery memberitahu, ia akan menggunakan duit rakyat dan kerana itu beliau meminta semua penonton memikirkan kerugian yang akhirnya mereka sendiri yang tanggung.

    "Stadium Nasional datang daripada duit rakyat, kalau stadium kena perbaiki, bajet datang daripada duit rakyat, sebab itu kita minta pihak penganjur dan penonton fikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan," tegasnya.

    --petikan daripada Utusan Malaysia Online hari ini.

    03 November 2009

    BOWLING LAGI MINGGU NI...

    HEBAT.....! Majlis Daerah kurang kerja sikit la bab mencuci dan mengorek longkang ni. Ramai orang dah tolong setiap Isnin....hehehe...








    ...bincang macamana nak kurangkan kekerapan bola masuk longkang.

    27 Oktober 2009

    Santai sekejap...

    Minggu ni minggu peperiksaan akhir tahun ( PKSR2).
    Nak lepaskan sedikit tekanan...ha...layan bowling la jawabnye.
    Kelmarin ramai jugak cikgu-cikgu yang ke Pusat Bowling Jitra di Jitramall siap bawak anak bini pi main bowling.
    Gempak habis. Mana tidaknya...pertama kali pegang bola bowling.
    Pakat-pakat korek longkang le...hehehe...
    Tapi, cikgu le katakan...sekejap je main terus dah pandai.
    Macam tak percaya la pulak. Main 2 game je dah boleh kira markah nak capai 100 mata dah...hebat la cikgu SKSAT ni.
    Syabash!.....

    20 Oktober 2009

    Jadual PKSR 2






    Jadual terkini PKSR 2 dan juga UPTL.
    *tertakluk kepada perubahan terkini dari masa ke semasa.

    13 Oktober 2009

    Relaks........



    Saat-saat kemenangan dan sesi bergambar bersama pemenang dan wakil JPN Perlis.

    13 September 2009

    TAKZIAH DARI KAMI


    KAMI SEMUA WARGA SKSAT MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADWA DARIPADA KELAS 5 SEROJA DI ATAS KEPULANGAN AYAHANDA TERCINTA KE RAHMATULLAH PADA JUMAAT LALU.

    BANYAKKAN BERSABAR DAN BERDOA.....
    Disaat Syawal bakal tiba, insan tersayang terlebih dahulu pergi selamanya meninggalkan kita.
    Inilah dugaan dan cabaran kepada kita yang masih hidup di dunia ini.

    10 September 2009

    TERKINI

    Pertandingan Robotik Zon A ( Kedah/Perlis )

    RABU ( 16 SEPTEMBER 2009 )
    DEWAN SMK ARAU , PERLIS.

    8.00 pagi

    Bersedia!

    30 Ogos 2009

    MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ( Tanah Melayu ) ke - 52 pada 31 Ogos 2009.
    Selami maksud sebenar kemerdekaan. Merdekalah kita semua dari aspek fizikal, minda, jasmani dan rohani untuk memerdekakan MALAYSIA dalam alaf ini.

    Salam Merdeka untuk semua.....
    pelajar tahun ENAM SKSAT...mungkin minggu depan barulah muncul 'kemerdekaan' yang sebenar.

    20 Ogos 2009

    AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

    SELAMAT BERPUASA...PENUH BERMULA SABTU INI INSYAALLAH...

    SALAM RAMADHAN DARI WEBMASTER MYBIONICS.

    17 Ogos 2009

    MANUSIA TERPANTAS DI MUKA BUMI 2009

    USAIN BOLT - PELARI JAMAICA MELAKUKAN LARIAN TERPANTAS



    ...mengalihkan tumpuan dunia daripada atlet USA JASON GAY yang menduduki tempat ke 2 dengan 9.71 saat.

    15 Ogos 2009

    SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

    Jalur Gemilang (Pak Ngah / Siso Kopratasa)

    Jalur Gemilang

    Merahmu bara semangat waja
    Putihmu bersih budi pekerti
    Kuning berdaulat payung negara
    Biru perpaduan kami semua

    Puncak dunia telah kau tawan
    Lautan luas telah kau redah
    Membawa semangat jiwa merdeka
    Semarak jaya kami warganya

    Empat belas melintang jalurnya
    Semua negeri dalam Malaysia
    Satu suara satu semangat
    Itu sumpah warga berdaulat

    Jalur gemilang... di bawah naunganmu
    Jalur gemilang... kami semua bersatu
    Perpaduan ketaatan
    Amalan murni rakyat Malaysia
    Jalur gemilang... megah kami terasa
    Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
    Merah putih biru kuning
    Jalur semangat kami semua

    Berkibarlah
    Berkibarlah
    Berkibarlah

    Jalur gemilang

    05 Ogos 2009

    LAWATAN 4 OGOS DALAM MEMORI

    Selamat sudah kita mengembara ke Kuala Kangsar bagi menziarahi kaum kerabat kita di sana.
    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaum kerabat kita di sana kerana telah memberikan layanan 5 bintang dari mula hingga lambaian tangan ketika pulang.
    Kenangan manis dan juga kenangan LAIN yang tidak dapat KAMI SEMUA LUPAKAN akan tetap kekal dalam ingatan SEMUA ahli kontinjen kami.

    .....memang tidak akan kami lupakan PENGALAMAN kami.

    31 Julai 2009

    SABTU 1 OGOS

    MARI beramai-ramai ke JITRAMALL
    memberikan sokongan sekali lagi kepada pasukan CAKLEMPONG SKSAT
    yang akan mengadakan persembahan pada jam
    3 PETANG...
    JOM SAKSIKAN BERSAMA.

    JOM KE JITRAMALL

    MARI KITA BERAMAI-RAMAI KE JITRAMAL
    PETANG INI ( JUMAAT )
    JAM 430 - 5.00 PETANG
    PASUKAN SENI WARISAN SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMPENA PAMERAN KRAF TANGAN DI SANA.

    JOM KITA BERI SOKONGAN BERAMAI-RAMAI.

    29 Julai 2009

    KREATIVITI MANUSIA

    MANUSIA KREATIF.

    luahan dalam bentuk begini memang berguna...


    berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa...


    atau sebagai satu penyelesaian bagi keperluan harian yang mendesak.

    PEMUDA MALAYSIA...?


    27 Julai 2009

    SO HARD TO BE HEARD

    ZONE A (Perlis & Kedah)

    Date :

    To be Confirmed (Postpone)

    Venue :

    To be Confirmed (Postpone)

    25 Julai 2009

    MINGGU PEPERIKSAAN

    MINGGU NI KITA PASTI SIBUK DENGAN PEPERIKSAAN.
    UJIAN 3 AKAN DIJALANKAN PADA 28, 29 DAN 30 JULAI.
    UJIAN PERCUBAAN UPSR
    PERINGKAT NEGERI JUGA AKAN DIJALANKAN PADA
    28, 29 DAN 30 JULAI 2009.

    SELAMAT MENJAWAB DENGAN CEMERLANG.

    20 Julai 2009

    ESOK ...

    Esok 21 Julai 2009 merupakan tarikh yang sepatutnya dijalankan
    NRC Zon A Kedah dan Perlis.......
    Penundaan ke tarikh yang belum diketahui lagi...sedikit sebanyak telah mengganggu sesi PNP para pelajar.

    Apakah ini satu kebetulan atau kesilapan manusia?

    Bersabarlah semua yang membaca nota ini.

    Berikan usalan anda sekiranya ada pandangan...terima kasih.

    02 Julai 2009

    TEAM UP......

    GIAT DAN BERSUNGGUH DEPA NI BERLATIH....

    EHM...........
    tengok betul-betul...

    selamat datang juga kepada tapak blog member yang baru

    mycaklempong.blogspot.com




    SELAMAT BERSARA


    SAYONARA BUAT KAK YAH...............

    JASAMU TETAP KAMI KENANG....

    30 Januari 2009

    ROBOTIK BERSAMA HARIAN METRO


    Tahniah kepada ahli Bitara Robotik SKSAT !

    Pencapaian dan komitmen kita telah menarik pihak akhbar HARIAN METRO untuk mengeluarkan artikel di akhbar mereka.
    Related Posts with Thumbnails