KLIK
03 Julai 2010
02 Julai 2010
Salji di Asia Tenggara...
Glasier Indonesia diancam bahaya
JAKARTA - Saintis-saintis antarabangsa bimbang salji yang membentuk glasier di atas Gunung Puncak Jaya di pulau Papua, timur Indonesia akan hilang akibat kesan pemanasan global.
Kawasan salji seluas 4.8 kilometer meliputi puncak gunung berkenaan pada ketinggian 4,884 meter merupakan glasier terakhir di rantau Lautan Pasifik.
Kehilangan glasier itu disedari sepasukan penyelidik diketuai oleh saintis Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson semasa melakukan ekspedisi ke Puncak Jaya baru-baru ini. Menurutnya, gunung berkenaan kehilangan kira-kira 80 peratus glasiernya sejak 1936 dengan dua pertiga kehilangan tersebut berlaku sejak ekspedisi saintifik terakhir ke lokasi berkenaan pada tahun 1970-an.
Kini glasier yang pernah meliputi sebahagian besar pulau Papua ribuan tahun dahulu kini cuma tinggal seluas dua kilometer persegi dan sedalam 29 meter. - AP
Petikan Kosmo online hari ini...
Relau abad pertama Masehi ditemui
hasliza.nusi@kosmo.com.my
GEORGE TOWN - Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui tapak kilang peleburan besi dipercayai dibina seawal abad pertama Masehi di Kampung Gading, Jeniang, Kedah pada bulan lalu.
Penemuan itu berjaya melengkapkan kajian pengkaji Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) selepas kejayaan menemui tapak serupa di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah pada Mei 2007.
Pada penemuan terbaru ini, tujuh buah relau tempat melebur besi berbentuk bulat yang masih lengkap ditemui bersama sejumlah 'tuyere' iaitu alat pembakaran yang diguna dalam industri ini pada zaman tersebut.
08 Mac 2010
SIAPA LAGI SENGAL ?
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan.
Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jugak lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
Moral dari cerita ini: Lu fikirlah sendiri...!
22 Februari 2010
LAYAN CERITA NI SEKEJAP
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba dikeretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.
Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.
Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"
Moral dari cerita: Sentiasa ambil tahu keadaan dan perkara yang berlaku di sekeliling kita.
15 Januari 2010
MANA SATU KATEGORI ANDA?
Olympics weight classes
Current weight classes for boxing at the Summer Olympics are listed in the table below.
Weight (up to) | AIBA |
---|---|
91+ kg (200+ lb) | Super heavyweight |
91 kg (200 lb) | Heavyweight |
81 kg (178 lb) | Light heavyweight |
75 kg (165 lb) | Middleweight |
69 kg (152 lb) | Welterweight |
64 kg (141 lb) | Light welterweight |
60 kg (132 lb) | Lightweight |
57 kg (125 lb) | Featherweight |
54 kg (119 lb) | Bantamweight |
51 kg (112 lb) | Flyweight |
48 kg (106 lb) | Light flyweight |
10 Januari 2010
MARI UJI TAHAP IQ KITA.
1. Terdapat lima rumah dengan warna yang berlainan.
2. Dalam setiap rumah, terdapat seorang penghuni yang berasal dari negeri yang berlainan dengan penghuni lain.
3. Kelima-lima penghuni ini, gemarkan minuman, menghisap rokok dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
4. Tiada satu pun antara kelima-lima penghuni ini, membela haiwan, menghisap rokok dan minum minuman yang sama.
5. Pembayangnya adalah
A: Lelaki dari England tinggal di rumah berwarna merah.
B: Lelaki dari Sweden membela anjing.
C: Lelaki dari Denmark minum teh.
D: Rumah hijau terletak di sebelah kiri rumah berwarna putih.
E: Pemilik rumah hijau minum kopi.
F: Lelaki yang menghisap rokok Pall Mall membela burung.
G: Pemilik rumah berwarna kuning menghisap Dunhill.
H: Pemilik rumah yang di tengah-tengah minum susu.
I: Lelaki dari Norway tinggal di rumah yang pertama.
J: Lelaki yang menghisap rokok Blend tinggal di sebelah lelaki yang memelihara kucing.
K: Lelaki yang memelihara kuda tinggal di sebelah lelaki yang menghisap rokok Dunhill.
L: Penghisap rokok Blue Master meminum beer.
M: Lelaki dari German menghisap rokok Prince.
N: Lelaki dari Norway tinggal di sebelah rumah berwarna biru.
O: Lelaki yang menghisap rokok Blend berjiran dengan lelaki yang gemar minum air kosong sahaja.
Soalannya: Siapa yang membela ikan?
04 Januari 2010
MALAYSIA ....!
Top Countries by Download Speed
- 1. 23.78 Mb/s Korea, Republic of
- 2. 17.00 Mb/s Japan
- 3. 15.91 Mb/s Aland Islands
- 4. 15.83 Mb/s Latvia
- 5. 14.53 Mb/s Romania
- 6. 14.39 Mb/s Lithuania
- 7. 14.31 Mb/s Sweden
- 8. 13.65 Mb/s Netherlands
- 9. 13.30 Mb/s Bulgaria
- 10. 12.86 Mb/s Andorra
- 11. 11.67 Mb/s Moldova, Republic of
- 12. 10.29 Mb/s Hong Kong
- 13. 10.09 Mb/s Portugal
- 14. 9.93 Mb/s Slovakia
- 89. 2.14 Mb/s Malaysia
Top Countries by Upload Speed
- 1. 9.29 Mb/s Lithuania
- 2. 8.11 Mb/s Japan
- 3. 6.27 Mb/s Latvia
- 4. 6.12 Mb/s Bulgaria
- 5. 5.73 Mb/s Aland Islands
- 6. 5.58 Mb/s Hong Kong
- 7. 5.42 Mb/s Romania
- 8. 5.26 Mb/s Andorra
- 9. 5.25 Mb/s Sweden
- 10. 5.13 Mb/s Slovenia
- 11. 4.80 Mb/s Russian Federation
- 12. 3.56 Mb/s Moldova, Republic of
- 13. 3.45 Mb/s Korea, Republic of
- 14. 3.41 Mb/s Netherlands
- 75. 0.60 Mb/s Malaysia